JR Life Guardian · 471 / Raj

Jom Sama-Sama Bantu Raj Teruskan Rawatan

Bantu Raj mendapatkan rawatan berterusan dan ringankan beban keluarganya.

Dianjurkan oleh JR
Diuruskan oleh New Life Foundation
NGO BERDAFTAR SECARA RASMI
No. Pendaftaran PPAB22/2020 New Life Foundation berdaftar di Malaysia di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952 [Akta 258] dan ditadbir oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.
Raj 471 / Raj

Buat Sumbangan

Sumbangan anda akan membantu menyediakan fisioterapi, susu, ubat-ubatan dan penjagaan harian yang diperlukan oleh Raj. Semua sumbangan diuruskan dengan teliti oleh New Life Foundation berdasarkan keperluan penerima bantuan yang telah dinilai.

Kaedah Pembayaran

Berkongsi juga satu cara untuk membantu

Sila sahkan kempen dan butiran pembayaran sebelum membuat pindahan.

Kisah Raj

Sebuah Keluarga yang Terus Berpegang pada Harapan

Raj

Hari tu saya jumpa seorang adik perempuan. Saya tanya dia, “You nak RM100 atau satu harapan?”

Dia pilih satu harapan.

“Saya nak abang saya boleh bangun dan jalan semula.”

Abang dia, Raj, baru berumur 25 tahun.

Lima tahun lepas, Raj terlibat dalam kemalangan jalan raya yang serius masa dalam perjalanan balik dari kerja. Sejak tu, dia hanya mampu terlantar atas katil dan tak boleh uruskan diri sendiri.

Sampai sekarang, keluarga dia masih tak tahu macam mana kemalangan tu sebenarnya berlaku. Apa yang mereka harapkan sekarang, cuma nak jaga Raj sebaik mungkin dan berharap satu hari nanti dia boleh bangun semula.

Dalam perjalanan ke rumah Raj, adik dia beritahu saya yang mak ayah mereka dua-dua dah meninggal dunia.

Sekarang, tinggal mereka bertiga saja — Raj, adik perempuan dia dan nenek mereka.

Demi menjaga Raj, nenek terpaksa berhenti kerja. Selama ni, nenek gunakan duit simpanan yang dikumpul bertahun-tahun untuk tanggung keluarga.

Adik Raj pula masih bersekolah menengah. Setiap hari lepas balik sekolah, dia akan tolong nenek jaga abang dia.

Selain belanja harian, Raj juga perlukan ubat dan susu setiap bulan. Tiga tin susu saja dah lebih RM400.

Hidup mereka memang dah susah. Baru-baru ni, nenek pula terjatuh sampai patah tulang.

Diri sendiri pun tengah sakit, tapi masih perlu terus jaga cucu yang terlantar atas katil.

Saya tanya nenek, “Pernah fikir nak putus asa tak?”

Dia jawab:

“Tak pernah.”

Nenek cuma berharap Raj akan beransur baik dan satu hari nanti boleh bangun semula.

Bila dengar cerita nenek, saya memang rasa sebak.

Adik Raj masih bersekolah, nenek pula baru saja cedera, tapi mereka tetap sama-sama jaga Raj yang dah bertahun-tahun terlantar.

Bila saya tanya apa bantuan yang paling mereka perlukan sekarang, mereka jawab:

Physiotherapy, susu dan ubat.

Semua ni Raj masih perlukan untuk penjagaan dia, dan kosnya perlu ditanggung setiap bulan.

Saya tahu kita tak boleh janji Raj akan dapat bangun semula.

Tapi sekurang-kurangnya, kita boleh sama-sama ringankan beban nenek dan bantu Raj terus dapat rawatan serta penjagaan yang dia perlukan.

Kalau you ada sedikit rezeki untuk dikongsi, tak kisahlah berapa pun, setiap sumbangan boleh bantu ringankan beban keluarga ni.

Terima kasih banyak kepada semua yang sudi hulurkan bantuan. ❤️

Be the light for someone. 🌟

Bagaimana Sumbangan Akan Digunakan

Menyokong Raj dan Keluarganya

Sumbangan anda akan membantu menyediakan fisioterapi, susu, ubat-ubatan dan penjagaan harian yang diperlukan oleh Raj. Semua sumbangan diuruskan dengan teliti oleh New Life Foundation berdasarkan keperluan penerima bantuan yang telah dinilai.

Tonton Video Kempen